amalkan laa gaya hidup sihat.
sesungguhnya mencegah lebih baik daripada merawat!!
Monday, 28 January 2013
Monday, 21 January 2013
DOKUMEN STANDARD KSSR
TODAY!!!!
SEKIAN!!!
Kami sekelas telah membuat pembentangan tentang Dokumen Standard KSSR Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 1-3. Di samping itu, ada juga yang membentangkan tentang TMK merentas kurikulum. Di sini, kami ingin menyatakan bahawa GURU-GURU di Malaysia perlu memahami tentang dokumen-dokumen ini sebaik mungkin supaya dapat melahirkan murid-murid yang seimbang dari segi JERIS setara dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kat bawah ni, terdapat beberapa gambar semasa kami melakukan pembentangan. Gambar kumpulan kami tak sempat nak ambil sebab kami kumpulan pertama.
Gambar kat atas ni, kumpulan yang menerangkan tentang Dokumen Standard KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 1 dimana antara matlamat yang terdapat dalam dokumen tersebut ialah membolehkan individu mengawal diri serta mengamalkan gaya hidup sihat.
Gambar ni pula, kumpulan ni membentangkan tentang TMK merentas kurikulum. Yang tinggi tu ketua kelas kami...yang pakai tudung oren tu pulak penolong ketua kelas kami tapi mukanya tak nampak pula..RUGI_RUGI..hehe...kebetulan pula dapat group yang sama... :)... Apa yang dapat dikatakan..PRINSIP TMK merentas kurikulum ada 3 iaitu 1) menguasai kemahiran asas TMK. 2) mengaplikasi TMK dalam pembelajaran. 3) menggunakan kaedah amali untuk lebih mahir.
haa...ni pulak pensyarah kami bagi subjek TMK dalam Pendidikan Jasmani. Nama beliau Puan Mimma Sayuti Binti Mat Khalid. Bagi subjek ni, kami ada 2 orang pensyarah iaitu Puan Mimma dan Puan Safinah. Time ni Puan Mimma sedang memberi komen terhadap slaid tersebut. Beliau memberi tunjuk ajar tentang bagaimana ingin membuat slaid yang dapat menarik perhatian murid-murid. Kami dapat banyak ilmu pengetahuan daripada beliau terutamanya yang melibatkan TMK.
Sunday, 13 January 2013
Futsal ~~ Futsal
Futsal merupakan sukan yang saya minati sejak di bangku sekolah lagi. Futsal dimainkan oleh lima pemain dalam satu pasukan. Saya pernah mewakili ketika sekolah menengah dan mendapat tempat - 2. Permainan ini amat mencabar kerana memerlukan kerjasama dalam pasukan. Ketika di UITM Samarahan Sarawak, kumpulan saya juga pernah mendapat tempat ke - 4. Walaupun kami budak baru masa itu, kami dapat menumpaskan pasukan yang lebih berpengalaman dari kami.
Permainan ini agak berbeza dengan bola sepak, walaupun futsal datang nya dari permainan bola sepak. Antara perbezaan bola sepak dengan futsal ialah padang bola sepak menggunakan gelanggang yang besar berbanding futsal yang agak kecil.Masa permainan futsal juga singkat iaitu 20 minit bagi setiap separuh masa berbanding bola sepak 45 minit bagi setiap separuh masa.Bola yang digunakan juga lebih berat membuatkan pemain mengawal bola dengan baik.
Sekarang ini, banyak gelanggang futsal telah dibina oleh kerajaan. Saya berharap sukan ini terus berkembang dengan harapan lahirnya ramai pemain yang berbakat. Sekian..... Terima kasih
Permainan ini agak berbeza dengan bola sepak, walaupun futsal datang nya dari permainan bola sepak. Antara perbezaan bola sepak dengan futsal ialah padang bola sepak menggunakan gelanggang yang besar berbanding futsal yang agak kecil.Masa permainan futsal juga singkat iaitu 20 minit bagi setiap separuh masa berbanding bola sepak 45 minit bagi setiap separuh masa.Bola yang digunakan juga lebih berat membuatkan pemain mengawal bola dengan baik.
Sekarang ini, banyak gelanggang futsal telah dibina oleh kerajaan. Saya berharap sukan ini terus berkembang dengan harapan lahirnya ramai pemain yang berbakat. Sekian..... Terima kasih
Friday, 11 January 2013
PING PONG
~Sukan Kegemaran~Nurul Huda~
Ping pong adalah satu aktiviti sukan yang amat saya minati sejak di sekolah rendah lagi. Saya mula mempelajari ping pong bersama dengan adik beradik saya yang lain memandangkan terdapatnya set meja ping pong di rumah saya untuk aktiviti bersama keluarga di masa lapang. Justeru itu, saya sering mewakili sekolah dalam pertandingan ping pong dan masih aktif hingga kini. Tahap tertinggi yang telah saya capai ialah peringkat negeri semasa di sekolah rendah.
Bagi saya, ping pong adalah satu permainan yang unik kerana ia menggunakan pelbagai cara dan strategi yang memerlukan kita berfikir secara kritis dan kreatif serta boleh dimainkan secara individu mahupun berkumpulan (2 orang). Selain itu, permainan ping pong memerlukan pergerakan yang pantas serta kekuatan otot lengan.
Setelah tahu bermain ping pong dengan menggunakan teknik-teknik yang betul, kita pasti seronok dan teruja untuk bermain dengan sekerap mungkin. Ini sekaligus dapat mengisi masa lapang daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah serta dapat meningkatkan kesihatan dari segi fizikal dan mental seterusnya dapat bersosial sesama masyarakat.
Sekian...
Wednesday, 9 January 2013
HANDBALL!!!
#fatin ezati's favourite game#
Gambar di atas ialah gambar pasukan bola baling sekolah menengah saya dulu. Gambar pasukan perempuan tidak sempat ambil. Saya amat meminati permainan bola baling ini kerana ia tidak seperti bola jaring yang mempunyai banyak peraturan. Dalam permainan bola jaring, setiap pemain mesti menjaga gerak kaki supaya bola tidak beralih kepada pihak lawan. Berbanding dengan pemainan bola baling, pemain hanya perlu memastikan bola sentiasa berada di tangan tanpa menjaga gerak kaki serta perlu mempunyai kekuatan tangan yang baik untuk 'shoot' bola. Dalam permainan bola baling juga, tiada kawasan larangan kepada pemain seperti bola jaring. Disebabkan itu, saya amat meminati sukan bola baling kerana ia mudah dan amat menyeronokkan....
Monday, 7 January 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)