Friday, 11 January 2013

PING PONG



~Sukan Kegemaran~Nurul Huda~


Ping pong adalah satu aktiviti sukan yang amat saya minati sejak di sekolah rendah lagi. Saya mula mempelajari ping pong bersama dengan adik beradik saya yang lain memandangkan terdapatnya set meja ping pong di rumah saya untuk aktiviti bersama keluarga di masa lapang. Justeru itu, saya sering mewakili sekolah dalam pertandingan ping pong dan masih aktif hingga kini. Tahap tertinggi yang telah saya capai ialah peringkat negeri semasa di sekolah rendah. 
Bagi saya, ping pong adalah satu permainan yang unik kerana ia menggunakan pelbagai cara dan strategi yang memerlukan kita berfikir secara kritis dan kreatif serta boleh dimainkan secara individu mahupun berkumpulan (2 orang). Selain itu, permainan ping pong memerlukan pergerakan yang pantas serta kekuatan otot lengan. 
Setelah tahu bermain ping pong dengan menggunakan teknik-teknik yang betul, kita pasti seronok dan teruja untuk bermain dengan sekerap mungkin. Ini sekaligus dapat mengisi masa lapang daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah serta dapat meningkatkan kesihatan dari segi fizikal dan mental seterusnya dapat bersosial sesama masyarakat.
Sekian...


No comments:

Post a Comment