Sunday, 13 January 2013

Futsal ~~ Futsal

Futsal merupakan sukan yang saya minati sejak di bangku sekolah lagi. Futsal dimainkan oleh lima pemain dalam satu pasukan. Saya pernah mewakili ketika sekolah menengah dan mendapat tempat - 2. Permainan ini amat mencabar kerana memerlukan kerjasama dalam pasukan. Ketika di UITM Samarahan Sarawak, kumpulan saya juga pernah mendapat tempat ke - 4. Walaupun kami budak baru masa itu, kami dapat menumpaskan pasukan yang lebih berpengalaman dari kami. 

Permainan ini agak berbeza dengan bola sepak, walaupun futsal datang nya dari permainan bola sepak. Antara perbezaan bola sepak dengan futsal ialah padang bola sepak menggunakan gelanggang yang besar berbanding futsal yang agak kecil.Masa permainan futsal juga singkat iaitu 20 minit bagi setiap separuh masa berbanding bola sepak 45 minit bagi setiap separuh masa.Bola yang digunakan juga lebih berat membuatkan pemain mengawal bola dengan baik. 


Sekarang ini, banyak gelanggang futsal telah dibina oleh kerajaan. Saya berharap sukan ini terus berkembang dengan harapan lahirnya ramai pemain yang berbakat. Sekian..... Terima kasih

No comments:

Post a Comment