Diet seimbang ialah sajian makanan yang mengandungi semua nutrien utama yang diperlukan oleh tubuh pada kadar yang betul dan sesuai bagi tubuh menjalani fungsinya. Nutrien utama yang diperlukan oleh tubuh ialah karbohidrat, protein, vitamin dan garam mineral.
FAKTOR UTAMA MERANCANG DIET SEIMBANG
1. Jantina
- lelaki dan perempuan
- remaja lelaki memerlukan lebih kalori daripada remaja perempuan kerana mereka lebih aktif
- lelaki memerlukan lebih nutrien sebagai pembekal haba dan tenaga berbanding perempuan
2. Umur
- bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan orang tua
- kanak-kanak memerlukan lebih kalori untuk bergerak berbanding dengan bayi
- kanak-kanak dan remaja memerlukan nutrien untuk proses tumbesaran
3. Kesihatan
- pesakit dan si pulih
- orang sakit memerlukan memerlukan diet tertentu
- orang sakit memerlukan nutrien yang lebih berbanding orang yang sihat untuk kembali sembuh
4. Aktiviti
- berat dan ringan
- aktiviti berat perlu lebih kalori. Contoh - pekerjaan sebagai petani memerlukan lebih kalori untuk melakukan aktiviti bertani
5. Saiz Tubuh
- gemuk dan kurus
- saiz tubuh yang besar memerlukan diet yang berbeza daripada mereka yang bertubuh kecil
- saiz tubuh yang besar memerlukan kalori makanan yang lebih kerana tahap metabolismenya yang tinggi
PIRAMID MAKANAN
Piramid makanan terbahagi kepada 4 aras dan 5 kumpulan makanan. Setiap aras mempunyai kumpulan makanan yang mengandungi kandungan zat dan fungsi yang tertentu. Pengambilan kuantiti makanan juga adalah berbeza untuk setiap sajian.
ARAS 1 - Bijirin, Hasil Bijirin dan Ubi-ubian
- terdiri daripada kumpulan makanan berasaskan karbohidrat
- fungsinya adalah untuk memberi sumber tenaga kepada badan
- perlu diambil dengan kuantiti yang paling banyak iaiti 8-12 sajian
ARAS 2 - Sayur-sayuran dan Buah-buahan
- kumpulan makanan ini kaya dengan vitamin, mineral dan serat
- fungsinya untuk membantu dalam pencernaan makanan
- ia juga baik untuk kesihatan kulit
- perlu diambildengan kuantiti yang banyak iaitu 3-5 sajian
ARAS 3 - Terbahagi kepada 2 bahagian
Daging, Ayam, Ikan dan Kekacang
- makanan ini kaya dengan sumber protein, vitamin B, zink dan magnesium
- memainkan fungsi penting dalam pembinaan otot-otot badan
- pilihlah daging yang rendah lemak dan buang lemak yang kelihatan pada kulit ayam
Hasil Tenusu
- makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan vitamin D
- ianya baik untuk menjaga kekuatan tulang dan gigi
- pilihlah hasil tenusu yang rendah lemak
- kumpulan makanan ini perlu diambil secara sederhana iaitu antara 2-3 sajian
ARAS 4 - Lemak, Minyak dan Gula
- terdiri daripada makanan yang berlemak
- diambil dengan kuantiti yang paling sedikit iaitu 1-2 sajian
- ia akan membawa mudarat kepada badan apabila diambil secara berlebihan
- penyakit yang selalu dikaitkan dengan makanan aras 4 ialah penyakit jantung dan diabetis
LANGKAH PENCEGAHAN
- Makan mengikut jadual dan secara berhemah.
- Banyakkan mengambil sayuran dan buah-buahan.
- Tidak mengambil makanan yang berkalori tinggi.
- Mengamalkan senaman yang kerap.
- Elakkan mengambil makanan ringan sebelum malam.
HIDUP SIHAT SEPANJANG MASA!
No comments:
Post a Comment