Monday, 29 July 2013

Kempen Kitar Semula

Kempen Kitar Semula

Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 ( Akta 672) kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran. Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan diproses dan menghasilkan produk yang sama. Kitar semula mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-sumber yang bernilai. Sebagai tambahan, ia menjadi sumber kepada alam sekitar, kewangan dan faedah sosial. Bahan-bahan seperti kaca, besi, plastik dan kertas di dan dikumpul, diasingkan dan dihantar ke pusat pemprosesan untuk ditukarkan kepada produk atau bahan baru.
Kempen-kempen yang berkaitan dengan mengurangkan bahan buangan, mengguna semula dan mengitar semula 3R (Reduce, Reuse, Recycle) di sekolah-sekolah. Pihak sekolah juga boleh bekerjasama dengan kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha menggalakkan pelajar mengitar semula bahan buangan mereka. Kempen-kempen kitar semula akan membawa kesan yang positif jikalau kita mengamalkan amalan ini sejak kecil. Dari aspek manusia, kita dapat menimbulkan kesedaran dalam diri tentang kepentingan untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Dengan mengitar semula buku-buku, surat khabar lama dan naskah-naskah,dapat memelihara dan memulihara dari aspek tumbuhan. Ini kerana kitar semula kertas akan dapat mengurangkan aktiviti penebangan pokok. Semakin tinggi keperluan terhadap kertas bermakna lebih banyak pokok akan ditebang. Jikalau hutan tidak dimusnah oleh kegiatan manusia, habitat haiwan juga dapat dilindungi. Dari aspek alam pula, amalan kitar semula barang keperluan akan membantu mengurangkan kebergantungan kita terhadap alam sekitar dan memelihara sumber alam sekitar.

Kempem Kitar Semula harus dijalankan dari peringkat sekolah rendah lagi bagi mendedahkan lagi betapa pentingnya menjaga alam semula jadi. Jika pelajar dibimbimg dari peringkat sekolah rendah lagi, sikap tanggungjawab terhadap menjaga alam sekitar akan tersemai pada diri mereka walaupun sudah meninggal bangku sekolah. Kempen Kitar Semula mudah dilaksanakan kerana tidak memerlukan kos yang besar. Pihak sekolah boleh menyediakan tong sampah kitar semula di sekolah bagi memudahkan pelajar. Konsep 3R amat mudah iaitu kita perlu mengurangkan pengeluaran bahan mentah dengan menggunakan semula bahan yang di kitar semula. Oleh itu, semua pihak harus mengambil tindakan dengan segera kerana hutan pada belakangan ini semakin termusnah akibat kerakusan manusia demi kepentingan diri. Peningkatan populasi bermakna semakin ramai manusia di muka bumi ini yang menghasilkan sisa .

No comments:

Post a Comment