Monday, 29 July 2013

Kempen Kitar Semula

Kempen Kitar Semula

Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 ( Akta 672) kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran. Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan diproses dan menghasilkan produk yang sama. Kitar semula mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-sumber yang bernilai. Sebagai tambahan, ia menjadi sumber kepada alam sekitar, kewangan dan faedah sosial. Bahan-bahan seperti kaca, besi, plastik dan kertas di dan dikumpul, diasingkan dan dihantar ke pusat pemprosesan untuk ditukarkan kepada produk atau bahan baru.
Kempen-kempen yang berkaitan dengan mengurangkan bahan buangan, mengguna semula dan mengitar semula 3R (Reduce, Reuse, Recycle) di sekolah-sekolah. Pihak sekolah juga boleh bekerjasama dengan kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha menggalakkan pelajar mengitar semula bahan buangan mereka. Kempen-kempen kitar semula akan membawa kesan yang positif jikalau kita mengamalkan amalan ini sejak kecil. Dari aspek manusia, kita dapat menimbulkan kesedaran dalam diri tentang kepentingan untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Dengan mengitar semula buku-buku, surat khabar lama dan naskah-naskah,dapat memelihara dan memulihara dari aspek tumbuhan. Ini kerana kitar semula kertas akan dapat mengurangkan aktiviti penebangan pokok. Semakin tinggi keperluan terhadap kertas bermakna lebih banyak pokok akan ditebang. Jikalau hutan tidak dimusnah oleh kegiatan manusia, habitat haiwan juga dapat dilindungi. Dari aspek alam pula, amalan kitar semula barang keperluan akan membantu mengurangkan kebergantungan kita terhadap alam sekitar dan memelihara sumber alam sekitar.

Kempem Kitar Semula harus dijalankan dari peringkat sekolah rendah lagi bagi mendedahkan lagi betapa pentingnya menjaga alam semula jadi. Jika pelajar dibimbimg dari peringkat sekolah rendah lagi, sikap tanggungjawab terhadap menjaga alam sekitar akan tersemai pada diri mereka walaupun sudah meninggal bangku sekolah. Kempen Kitar Semula mudah dilaksanakan kerana tidak memerlukan kos yang besar. Pihak sekolah boleh menyediakan tong sampah kitar semula di sekolah bagi memudahkan pelajar. Konsep 3R amat mudah iaitu kita perlu mengurangkan pengeluaran bahan mentah dengan menggunakan semula bahan yang di kitar semula. Oleh itu, semua pihak harus mengambil tindakan dengan segera kerana hutan pada belakangan ini semakin termusnah akibat kerakusan manusia demi kepentingan diri. Peningkatan populasi bermakna semakin ramai manusia di muka bumi ini yang menghasilkan sisa .

Saturday, 16 February 2013

DIET SEIMBANG


Diet seimbang ialah sajian makanan yang mengandungi semua nutrien utama yang diperlukan oleh tubuh pada kadar yang betul dan sesuai bagi tubuh menjalani fungsinyaNutrien utama yang diperlukan oleh tubuh ialah karbohidrat, protein, vitamin dan garam mineral.


FAKTOR UTAMA MERANCANG DIET SEIMBANG

1.   Jantina
  • lelaki dan perempuan
  • remaja lelaki memerlukan lebih kalori daripada remaja perempuan kerana mereka lebih aktif
  • lelaki memerlukan lebih nutrien sebagai pembekal haba dan tenaga berbanding perempuan
2.   Umur
  • bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan orang tua
  • kanak-kanak memerlukan lebih kalori untuk bergerak berbanding dengan bayi
  • kanak-kanak dan remaja memerlukan nutrien untuk proses tumbesaran
3.   Kesihatan
  • pesakit dan si pulih
  • orang sakit memerlukan memerlukan diet tertentu
  • orang sakit memerlukan nutrien yang lebih berbanding orang yang sihat untuk kembali sembuh
4.   Aktiviti
  • berat dan ringan
  • aktiviti berat perlu lebih kalori. Contoh - pekerjaan sebagai petani memerlukan lebih kalori untuk melakukan aktiviti bertani
5.   Saiz Tubuh
  • gemuk dan kurus
  • saiz tubuh yang besar memerlukan diet yang berbeza daripada mereka yang bertubuh kecil
  • saiz tubuh yang besar memerlukan kalori makanan yang lebih kerana tahap metabolismenya yang tinggi

PIRAMID MAKANAN


Piramid makanan merupakan panduan bagi memilih makanan secara sihat. Pengambilan makanan perlu dipelbagaikan kerana tiada satu makanan yang boleh membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh badan. Amalan pemakanan yang tidak sihat akan memudaratkan tubuh badan.
     Piramid makanan terbahagi kepada 4 aras dan 5 kumpulan makanan. Setiap aras mempunyai kumpulan makanan yang mengandungi kandungan zat dan fungsi yang tertentu. Pengambilan kuantiti makanan juga adalah berbeza untuk setiap sajian.

ARAS 1 - Bijirin, Hasil Bijirin dan Ubi-ubian
  • terdiri daripada kumpulan makanan berasaskan karbohidrat
  • fungsinya adalah untuk memberi sumber tenaga kepada badan
  • perlu diambil dengan kuantiti yang paling banyak iaiti 8-12 sajian

ARAS 2 - Sayur-sayuran dan Buah-buahan
  • kumpulan makanan ini kaya dengan vitamin, mineral dan serat
  • fungsinya untuk membantu dalam pencernaan makanan
  • ia juga baik untuk kesihatan kulit
  • perlu diambildengan kuantiti yang banyak iaitu 3-5 sajian

ARAS 3 - Terbahagi kepada 2 bahagian

Daging, Ayam, Ikan dan Kekacang
  • makanan ini kaya dengan sumber protein, vitamin B, zink dan magnesium
  • memainkan fungsi penting dalam pembinaan otot-otot badan
  • pilihlah daging yang rendah lemak dan buang lemak yang kelihatan pada kulit ayam
Hasil Tenusu
  • makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan vitamin D
  • ianya baik untuk menjaga kekuatan tulang dan gigi
  • pilihlah hasil tenusu yang rendah lemak
  • kumpulan makanan ini perlu diambil secara sederhana iaitu antara 2-3 sajian

ARAS 4 - Lemak, Minyak dan Gula
  • terdiri daripada makanan yang berlemak
  • diambil dengan kuantiti yang paling sedikit iaitu 1-2 sajian
  • ia akan membawa mudarat kepada badan apabila diambil secara berlebihan
  • penyakit yang selalu dikaitkan dengan makanan aras 4 ialah penyakit jantung dan diabetis
LANGKAH PENCEGAHAN
  1. Makan mengikut jadual dan secara berhemah.
  2. Banyakkan mengambil sayuran dan buah-buahan.
  3. Tidak mengambil makanan yang berkalori tinggi.
  4. Mengamalkan senaman yang kerap.
  5. Elakkan mengambil makanan ringan sebelum malam.

HIDUP SIHAT SEPANJANG MASA!


    








Monday, 28 January 2013

PIRAMID~~MAKANAN

amalkan laa gaya hidup sihat.
sesungguhnya mencegah lebih baik daripada merawat!!


Monday, 21 January 2013

DOKUMEN STANDARD KSSR

TODAY!!!!

Kami sekelas telah membuat pembentangan tentang Dokumen Standard KSSR Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 1-3. Di samping itu, ada juga yang membentangkan tentang TMK merentas kurikulum. Di sini, kami ingin menyatakan bahawa GURU-GURU di Malaysia perlu memahami tentang dokumen-dokumen ini sebaik mungkin supaya dapat melahirkan murid-murid yang seimbang dari segi JERIS  setara dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kat bawah ni, terdapat beberapa gambar semasa kami melakukan pembentangan. Gambar kumpulan kami tak sempat nak ambil sebab kami kumpulan pertama.

Gambar kat atas ni, kumpulan yang menerangkan tentang Dokumen Standard KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 1 dimana antara matlamat yang terdapat dalam dokumen tersebut ialah membolehkan individu mengawal diri serta mengamalkan gaya hidup sihat.

Gambar ni pula, kumpulan ni membentangkan tentang TMK merentas kurikulum. Yang tinggi tu ketua kelas kami...yang pakai tudung oren tu pulak penolong ketua kelas kami tapi mukanya tak nampak pula..RUGI_RUGI..hehe...kebetulan pula dapat group yang sama... :)... Apa yang dapat dikatakan..PRINSIP TMK merentas kurikulum ada 3 iaitu 1) menguasai kemahiran asas TMK. 2) mengaplikasi TMK dalam pembelajaran. 3) menggunakan kaedah amali untuk lebih mahir.

haa...ni pulak pensyarah kami bagi subjek TMK dalam Pendidikan Jasmani. Nama beliau Puan Mimma Sayuti Binti Mat Khalid. Bagi subjek ni, kami ada 2 orang pensyarah iaitu Puan Mimma dan Puan Safinah. Time ni Puan Mimma sedang memberi komen terhadap slaid tersebut. Beliau memberi tunjuk ajar tentang bagaimana ingin membuat slaid yang dapat menarik perhatian murid-murid. Kami dapat banyak ilmu pengetahuan daripada beliau terutamanya yang melibatkan TMK.

SEKIAN!!!

Sunday, 13 January 2013

Futsal ~~ Futsal

Futsal merupakan sukan yang saya minati sejak di bangku sekolah lagi. Futsal dimainkan oleh lima pemain dalam satu pasukan. Saya pernah mewakili ketika sekolah menengah dan mendapat tempat - 2. Permainan ini amat mencabar kerana memerlukan kerjasama dalam pasukan. Ketika di UITM Samarahan Sarawak, kumpulan saya juga pernah mendapat tempat ke - 4. Walaupun kami budak baru masa itu, kami dapat menumpaskan pasukan yang lebih berpengalaman dari kami. 

Permainan ini agak berbeza dengan bola sepak, walaupun futsal datang nya dari permainan bola sepak. Antara perbezaan bola sepak dengan futsal ialah padang bola sepak menggunakan gelanggang yang besar berbanding futsal yang agak kecil.Masa permainan futsal juga singkat iaitu 20 minit bagi setiap separuh masa berbanding bola sepak 45 minit bagi setiap separuh masa.Bola yang digunakan juga lebih berat membuatkan pemain mengawal bola dengan baik. 


Sekarang ini, banyak gelanggang futsal telah dibina oleh kerajaan. Saya berharap sukan ini terus berkembang dengan harapan lahirnya ramai pemain yang berbakat. Sekian..... Terima kasih

Friday, 11 January 2013

PING PONG



~Sukan Kegemaran~Nurul Huda~


Ping pong adalah satu aktiviti sukan yang amat saya minati sejak di sekolah rendah lagi. Saya mula mempelajari ping pong bersama dengan adik beradik saya yang lain memandangkan terdapatnya set meja ping pong di rumah saya untuk aktiviti bersama keluarga di masa lapang. Justeru itu, saya sering mewakili sekolah dalam pertandingan ping pong dan masih aktif hingga kini. Tahap tertinggi yang telah saya capai ialah peringkat negeri semasa di sekolah rendah. 
Bagi saya, ping pong adalah satu permainan yang unik kerana ia menggunakan pelbagai cara dan strategi yang memerlukan kita berfikir secara kritis dan kreatif serta boleh dimainkan secara individu mahupun berkumpulan (2 orang). Selain itu, permainan ping pong memerlukan pergerakan yang pantas serta kekuatan otot lengan. 
Setelah tahu bermain ping pong dengan menggunakan teknik-teknik yang betul, kita pasti seronok dan teruja untuk bermain dengan sekerap mungkin. Ini sekaligus dapat mengisi masa lapang daripada melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah serta dapat meningkatkan kesihatan dari segi fizikal dan mental seterusnya dapat bersosial sesama masyarakat.
Sekian...


Wednesday, 9 January 2013

HANDBALL!!!


#fatin ezati's favourite game#


Gambar di atas ialah gambar pasukan bola baling sekolah menengah saya dulu. Gambar pasukan perempuan tidak sempat ambil. Saya amat meminati permainan bola baling ini kerana ia tidak seperti bola jaring yang mempunyai banyak peraturan. Dalam permainan bola jaring, setiap pemain mesti menjaga gerak kaki supaya bola tidak beralih kepada pihak lawan. Berbanding dengan pemainan bola baling, pemain hanya perlu memastikan bola sentiasa berada di tangan tanpa menjaga gerak kaki serta perlu mempunyai kekuatan tangan yang baik untuk 'shoot' bola. Dalam permainan bola baling juga, tiada kawasan larangan kepada pemain seperti bola jaring. Disebabkan itu, saya amat meminati sukan bola baling kerana ia mudah dan amat menyeronokkan....


Monday, 7 January 2013

LOGO KUMPULAN

>LOGO Sm@sH St@rS<
Ketua : ^FRANKLIN MUNANG^
Motto : SIHAT.AKTIF.MAJU